Majlis Qurban Aidilfitri 2010 kali ini mengorbankan sejumlah 20 ekor lembu. Sebaik sahaja selesai solat Aidiladha, ahli jawatankuasa qurban terus bersiap sedia bermula dari jam 9.30 pagi.Alhamdulillah begitu ramai jemaah telah bersama-sama bergoton-groyong bertungkus-lumus menumbangkan kesemua 20 ekor lembu satu per satu disembeleh dengan takbir dan tahmid.
Proses melapah, memotong, menimbang, membungkus dan membahagi telah diuruskan dengan begitu tersusun dan sempurna disamping penguruskan pemotongan tulang-tulang, kepala, kulit dan penanaman buangan dan darah penyembelehan pula disempurnakan oleh kumpulan-kumpulan yang telah pertanggungjawabkan dengan begitu teliti.
Pengagihan beratus bungkusan daging qurban kepada kareah yang layak serta kepada penduduk setempat telah disempurnakan sebaik sahaja selesai penyempurnaan majlis qurban di Masjid Al-Bakri ini. Semoga tenaga dan usaha para jemaah yang bersama-sama bergotong-royong menyempurnakan majlis ini mendapat ganjaran dariNya.. Insyaallah. [Album]
20 ekor telah diqurbankan.. Para jemaah bahagian memotong..
Bahagian menimbang... Memotong tulang menggunakan mesin pemotong..




No comments:
Post a Comment