Friday, December 25, 2009

25/12/09 - Malam BBQ di Bukit Naga [Album]

Setelah bertungkus-lumus menumpukan perhatian menghadapi SPM, masa yang panjang menunggu keputusan biasanya digunakan untuk mencari pengalaman dengan bekerja sambilan.

Namun hakikatnya inilah masa remaja yang paling banyak memberi kenangan dalam hidup mereka khasnya bersama rakan-rakan sepersekolahan kerana selepas ini mereka akan melangkah kealam dewasa dan menjalani penghidupan masing-masing.

Bagi meraikan perpisahan mereka, pertemuan seperti ini menjadikan satu perkara yang amat dinanti-nantikan.
Malam BBQ ini telah di usahakan oleh Rhoma Hakim dirumahnya di Jalan Klinik Bukit Naga yang mengumpulkan lebih 50 orang sahabat dan rakan persekolahan. Keseronokan mereka bersama-sama menikmati keenakan BBQ dan juadah yang dibawa masing-masing berakhir hingga jam 12 tengah malam. [Album] Best tak?..
Zura dan rakan-rakannya.. / Selamat menjamu selera..
Yehhh.. Rocks... / Wah banyaknye makanan..

Di YouTube (H/phone N82 nite vision):

No comments:

Post a Comment