Selamat Hari Raya Aidilfitri, setiap tahun kita raikan hari yang mulia dan gilang gemilang serta penuh keceriaan ini mengunjungi sanak-saudara, bagi penduduk Bukit Naga mereka tidak pernah ketinggalan untuk mengadakan Rumah Terbuka dikebanyakan rumah yang biasanya bermula dari minggu ketiga Syawal setelah selesai menziarahi kaum keluarga masing-masing.
Semangat berebut-rebut menempah hari hujung minggu untuk rumah terbuka ini menjadikan satu keseronokan dan agenda tahunan penduduk setempat.
Namun bagi penduduk-penduduk taman pula, mengadakan majlis rumah terbuka adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan yang harus dilaksanakan.
Seperti komuniti Teratak Idaman ini ia diadakan pada setiap tahun bermula dari aktiviti "Baraan" mengunjungi setiap rumah jiranan mereka dan diakhiri dengan Majlis Malam Mesra Aidilfitri secara "Pot-luck" serta BBQ. Setiap penduduk akan membawa berbagai jenis juadah dan kueh-mueh yang begitu membuka selera untuk dijamu bersama.
Selamat Hari Raya Aidilfitri... [
Album]

Suasana yang begitu meriah dapat menambat kemesraan kejiranan.

Bersama bawa juadah dan bersama dijamah...